Rabu, 4 Julai 2012

UiTM DIHATIKU..

       assalamulaikum kepada pembaca semua dan salam satu malaysia,n_n"



     mula-mula sekali alhamdulilah bersyukur ke atas ALLAH S.A.W  diberi pelung untuk bernafas meneruskan kehidupan atas muka bumi ni pinjaman ALLAH S.A.W yang teringin sangat D nak coret dekat sini rindu sangat nak updates blog ni sebenarnya . sekarang D sudah bergelar mahasiswa di uitm puncak perdana fakulti filem teater dan animasi dalam jurusan diploma penulisan artistik.. alhamdulilah semuanya berkat doa kedua ibubapa D,doa cikgu-cikgu D,adik-beradik dan kawan-kawan semua. D tahu ramai juga kawan-kawan sekolah D yang lain pun sedang melanjutkan pelajaran tak kiralah IPTA atau IPTS harap sangat kita semua berjaya eh? hish... cakap asal kawan sekolah ni rase rindu pula dengan kawan-kawan sekolah semua.. apa ceritalah asal mereka semua kan? betullah cakap cikgu dekat sekolah dulu bila dah tamat sesi persekolahan menengah mesti rindu masa zaman  sekolah. apa apa pun terima kasih kepada cikgu yang tak putus putus mencurahkan ilmu dekat kami semua dan D berharap sangat yang D dapat jadi macam cikgu cikgu D yang tabah mencurahkan bakti kepada anak bangsa negara malaysia ni... ehh tetiba je jadi bersemangat cerita asal ni..hehe,okaylah D nak cerita sikit asal alam universiti..alam universiti jauh beza dengan alam persekolahan dulu,dekat universiti ni semuanya kena buat sendiri.uruskan semua benda sendiri,berjumpa dengan pelbagai ragam student.. dekat universiti ni banyak dugaan dan godaan tambah tambah jauh dengan family kita kena kuat jati diri untuk tempuh benda ni semua.. kita kena pandai pilih kawan sebab kawan merupakan pengaruh paling kuat dan kawan jugalah yang akan sentiasa bersama kita.. jadi memilih teman haruslah berhati hati takut nanti di hanyut  dengan pengaruh rakan yang terleka dengan godaan nafsu yang bergelora yang ingin keseronokan dan kebebasan dari terikat dengan pelajaran.. sebenarnya D masih lagi tak percaya yang D dah masuk universiti ni dan D sedang berusaha sesuaikan diri dengan industri yang D sertai ni.. apabila D melanjutkan pelajaran dalam penulisan artistik ni bermakna D ceburi industri perfileman teater dan animasi ni kerna D memilih menjadi sebagai penulis skrip drama,teater,stesen radio dan lain lain tetapi yabg berkaitan dengan industri ni.. hish.. macam dah panjang lebar pula D tulis kali ni.. D rase cukup sampai sini sahaja D updates untuk kali ni sebab akan datang D updates lagi okey? thanks of all yang baca blog D.. okay lah D minta diri dulu untuk buat assingnment ni.. bubye,asssalamulaikum..n_e"

Pengikut